Filem Malbatt Misi Bakara yang menelan kos RM20 juta bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air.
Pengarahnya, Adrian Teh mengakui selain penggambaran di Turkiye selama tujuh minggu yang memakan kos tinggi, faktor mahu menceritakan kisah sebenar turut menjadi penyebab filem itu menelan belanja yang besar.